Sunday, May 29, 2011

Eksaited-Sebuah Pesanan Untuk Diri Sendiri Dan Yang Lain



kita excited untuk sesuatu benda
yang semakin hari kita semakin hampir dengannya
contoh, excited nak pegi bercuti
excited nak kenduri kahwin
excited nak balik rumah. owh ini untuk diri sendiri
tapi pernah tak kita excited
untuk sesuatu ini
sesuatu yang pasti
dan semakin hari semakin mendekat

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.(Al – Munafiqun [63] : 11)


tapi bila sebut pasal mati,
orang cakap kita buang tabiat, merepek
lalu tukar topik

Ya Allah, kurniakanlah kami hati hati yang sering mengingatiMu, dan mengingati mati
 

Mesej Ringkas

sebenarnya tak perlu
untuk dengki dengan apa yang orang lain ada
atau untuk sombong dengan yang kita ada
sebab semuanya hanya pinjaman
dan bukan milik sendiri
Allah dah bagi cukup untuk keperluan masing2
mari bersyukur! :)

Of Admire And Love


subuh itu bukan subuh yang biasa
subuh itu kota konstantinapol bergema
dengan 70 kapal dan 200 000 tentera
subuh itu menjadi saksi; dialah sebaik baik raja
bersamanya sebaik baik rakyat dan tentera
dia yang usianya 21 tahun menggegar dunia
bagai membenarkan sabda baginda
dia yang tak pernah ku jumpa
namun sudah ku cinta
dia yang ku tak mungkin temui lagi di dunia
ku harap ku temui dia di syurga
dia ku kagumi kerana peribadinya
dia, Sultan Muhammad Al Fateh


Cinta Si Pemilik Segala Cinta


mintalah pada Allah, agar dikurniakan hidayahNya
kerana jika kamu memilikiNya
pasti dunia dan seisinya kamu pandang sebelah mata cuma
kerana yang kamu impikan hanyalah syurga
hinggakan tiada yang mampu membuatmu sedih;
kamu pandang setiap ujian sebagai tanda Allah sayang kamu
kamu pandang bila mana ada orang sakitkan hati kamu,
sebagai tanda Allah mahu kamu bergantung padaNya, bukan pada manusia
kamu tidak akan sesekali merasa sunyi, kerana kamu yakin Dia bersama kamu
hinggakan kamu sanggup bersengkang mata di malam hari demi untuk menemuiNya
hingga bila kamu kehilangan nikmat terbesar sekali pun,
kamu mampu senyap, dan tersenyum, kerana kamu yakin Allah pasti gantikan untukmu yang lebih baik
walau bila kamu kesusahan, kesempitan atau keseorangan
kamu tetap tenang kerana yakin akan pertolonganNya
Dia cinta sejati, hanya Dia di hati
semoga pengakhiran kita semua adalah syurga~~

Saturday, April 2, 2011

tunjukkan aku ke jalan yang lurus....

atau dalam bahasa arabnya seperti surah al Fatihah ayat 6

Assalamualaikum wbt

saya suka potongan ayat ini. saya kira secara wajibnya kita minta kat Allah 17 kali sehari. belum campur solat sunat, baca sebelum mula kelas, baca sebelum tidur, sebelum baca Al Quran, dan banyak lagi.

apa maksud jalan yang lurus???

kita minta kat Allah, Allah tunjukkan kita ke jalan yang lurus. macam kalau bila kita melancong ke tempat yang kita belum pernah pergi, kita tanya tuan tanah tersebut, mana jalan yang betul untuk sampai ke destinasi kita.

 tetapi apakah jalan yang lurus ini? adakah maksudnya macam jalan raya yang lurus, smooth, seronok je jalan, senang lenang, penat2 boleh berhenti kat RnR?.....

pomm!! saya cucuk belon angan2 anda mengenai jalan yang lurus ini.

jalan yang lurus yang Allah maksudkan, ialah jalan yang benar untuk ditempuhi, untuk mencapai syurgaNya. jalan ini bukanlah mudah, jalan ini sebenarnya penuh rintangan. kita mungkin merasa susah, merasa teruji, penat, tetapi yakinlah, inilah jalan yang sebenar.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (29:2)

kita yang meminta, dan kita yang marah apabila diberi apa yang diminta

adakala ketika kita sedang hidup dalam keadaan senang lenang, kita lupa dan lalai. kita lewatkan solat, kita pakai baju cukup makan, kita langgar batas pergaulan. still, dalam solat, kita doa tunjukkan aku ke jalan yang lurus. sampai masa, Allah tarik tangan kita, Allah nak bawa kita ke jalan yang lurus ini, tetapi dengan caraNya yang tersendiri.

kita diuji dengan kegagalan hidup, kita diuji dengan kehilangan orang yang kita sayang. kita diuji dengan kemiskinan, sehingga kita hilang segala yang kita ada di dunia ini. kenapa? sudah sampai masa Allah nak memakbulkan doa kita, kerana Allah nak tarik kita ke jalan yang lurus. Allah nak kita nampak, itu bukan cara hidup yang betul untuk mencapai syurgaNya. itu semua mainan dunia. 
sebab sifat kita, bila kita susah, baru kita cari Allah, kan? *tak percaya yang perangai kita macam ni? cuba selak buku manual panduan hidup aka Al Quran. banyak ayat yang menerangkan perkara ini*

tapi kita........kita yang pelupa, kita yang lemah. kita yang penuh nafsu. kita marah, kita tanya kenapa Allah buat macam ni kat kita. zalimkah Allah terhadap hambaNya...kenapa kita disusahkan. kita lari jauh daripada Allah.

bayangkan bila sahabat kita meminta kita belanja dia makan, kita bawa dia pergi restoran mahal yang sedap, tapi at the end dia kritik kita, marah2 komplen itu ini. what would u feel? dissapointed? marah dalam hati 'ahhhh aku dah bagi apa yang dia minta pun nak banyak komplen pulak, bukan nak terimak kasih'

now think, what would Allah feel, bila Dia makbulkan doa kita untuk ke jalan yang lurus, tapi kita dengan angkuhnya mengeluh dan menuduh Allah itu dan ini???

sedarlah, apabila diuji, ini lah cara Allah memanggil kita pulang ke jalan yang lurus. Allah nak bagi tahu, jalan yang kita lalui sekarang tak betul, nanti kita tak sampai ke syurga Allah. Allah sedang tunjukkan kita. Allah sedang mengajar kita.

kita yang sudah ditunjukkan jalan, cepat cepat laa ikut!

tolong, tolong, tolong. jangan berlengah. jangan tunggu lagi. kalau kita sesat kat tengah jalan, lepas jumpa orang dan tanya arah jalan yang betul, kita cepat2 ubah haluan kan?
takut takut, ini seruan terakhir untuk kita....takut takut, kita sudah tiada hari esok untuk mengubah haluan.

cepat, ambil buku manual panduan hidup, aka Al Quran, sama sama kita cari jalan yang betul untuk pulang! semoga hati hati ini terus berada di bawah jagaanNya~~

Pelangi Selepas Hujan


once, i’d never understand
the meaning of ‘Allah is enough for me’
until one day
when all people left me behind
and i turned around
i found Allah is still there for me
and today, even without them
i survived
i look back, and smile to those days and people
and now i know
cukuplah Allah bagiku

Monday, March 21, 2011

wahai hati ini, dan hati hati lain yang membacanya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

dengan rahmatNya jari jemari ini bergerak menulis apa yang cuba disampaikan oleh hati dan menyampaikan seruan ini.

wahai hati ini, dan hati hati lain yang membacanya,
pulanglah kepada Dia yang Maha Satu, Dia yang menciptakan dan memiliki kita. berhentilah tertipu dgn dunia dan segala isinya

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
apabila disapa seruan hidayah, sambutlah ia. bukakan pintu hatimu untuk seruan itu, kerana kita tak pernah tahu, mungkin itu seruan yang terakhir untuk kita. mungkin hari ini pintu itu terbuka sedikit cuma, esok lusa, bukaannya semakin luas. yang penting, jangan pernah mengabaikan seruan itu. jangan pernah menutup pintu hatimu untuk kembali kepada Pencipta. mungkin mengambil masa, mungkin sekejap, mungkin berbulan lamanya. jangan berputus asa. rencana syaitan untuk membawamu ke neraka sangatlah hebat. tetapi hebat lagi keampunan dan kasih sayang Allah.

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
tanamkan rindumu kepada syurga Allah. bayangkan keindahan syurga setiap kali kamu rasa menderita dengan dugaan dunia. benar, syurga itu keindahannya di luar imaginasi kita. hanya hati hati yang mendapat redhaNya sahaja layak mendapat syurgaNya, dengan izinNya. betapa hati ini merindui syurga itu, dan kadangkala terasa terlalu ingin untuk segera bertemuNya, tetapi khuatir andai amalan hari ini belum cukup untuk dijadikan bekalan.

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
takutlah kamu akan azab api neraka Allah. takutlah kamu akan siksa kubur. takutlah kamu akan dosa2 yang pernah dilakukan. saat kamu merasakan sakitnya apabila ditimpa penyakit di dunia, sedarlah azab api neraka itu jauh lebih sakit. pernah sekali jari saya terpegang kuali panas. saya menjerit kerana tak tahan dengan panas itu. lalu saya terfikir, ini baru panas dunia, kalau panas neraka? astaghfirullah........

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
tanamkan rindu dan cintamu pada Dia dan RasulNya, melebihi rindu dan cintamu sesama manusia. kerana di mahsyar kelak, syafaat Rasulullah yang kita cari. kita mohon berlindung di bawah payung Arasy Allah. pada hari pengadilan seperti yang digambarkan dalam Al Quran itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mampu membantu. kalau hari ini kita tidak meluahkan cinta dan rindu kepada mereka, tak malukah mahu meminta tolong di Mahsyar nanti?

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
bacalah Al Quran. hayatilah Al Quran. fahamilah Al Quran.inilah manual hidup yang Pencipta turunkan untuk kita. panduan hidup yangh lengkap, sesuai sepanjang zaman, di situ ada ketenangan, di situ ada panduan dan undang undang, di situ ada suruhan dan larangan. ikutlah apa yang tertulis di dalamnya. pasti hidupmu tenang. pasti lenamu aman. jangan engkau tinggalkan Al Quran. Dia lah penemanmu ketika kau berseorangan meniti barzakh. dialah cahaya yang menerangimu.

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
sudahlah. berhentilah. tinggalkan dunia dan isinya. hati ini pernah tertipu, dan tidak mahu kamu semua ikut tertipu. hari ini hati ini disapa hidayah. maka hati ini ingin sekali agar kalian semua juga merasai nikmat ini. sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam. masuklah Islam secara keseluruhan. InsyaAllah, ada syurga untuk kita...