Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
dengan rahmatNya jari jemari ini bergerak menulis apa yang cuba disampaikan oleh hati dan menyampaikan seruan ini.
wahai hati ini, dan hati hati lain yang membacanya,
pulanglah kepada Dia yang Maha Satu, Dia yang menciptakan dan memiliki kita. berhentilah tertipu dgn dunia dan segala isinya
wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
apabila disapa seruan hidayah, sambutlah ia. bukakan pintu hatimu untuk seruan itu, kerana kita tak pernah tahu, mungkin itu seruan yang terakhir untuk kita. mungkin hari ini pintu itu terbuka sedikit cuma, esok lusa, bukaannya semakin luas. yang penting, jangan pernah mengabaikan seruan itu. jangan pernah menutup pintu hatimu untuk kembali kepada Pencipta. mungkin mengambil masa, mungkin sekejap, mungkin berbulan lamanya. jangan berputus asa. rencana syaitan untuk membawamu ke neraka sangatlah hebat. tetapi hebat lagi keampunan dan kasih sayang Allah.
wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
tanamkan rindumu kepada syurga Allah. bayangkan keindahan syurga setiap kali kamu rasa menderita dengan dugaan dunia. benar, syurga itu keindahannya di luar imaginasi kita. hanya hati hati yang mendapat redhaNya sahaja layak mendapat syurgaNya, dengan izinNya. betapa hati ini merindui syurga itu, dan kadangkala terasa terlalu ingin untuk segera bertemuNya, tetapi khuatir andai amalan hari ini belum cukup untuk dijadikan bekalan.
wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
takutlah kamu akan azab api neraka Allah. takutlah kamu akan siksa kubur. takutlah kamu akan dosa2 yang pernah dilakukan. saat kamu merasakan sakitnya apabila ditimpa penyakit di dunia, sedarlah azab api neraka itu jauh lebih sakit. pernah sekali jari saya terpegang kuali panas. saya menjerit kerana tak tahan dengan panas itu. lalu saya terfikir, ini baru panas dunia, kalau panas neraka? astaghfirullah........
wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
tanamkan rindu dan cintamu pada Dia dan RasulNya, melebihi rindu dan cintamu sesama manusia. kerana di mahsyar kelak, syafaat Rasulullah yang kita cari. kita mohon berlindung di bawah payung Arasy Allah. pada hari pengadilan seperti yang digambarkan dalam Al Quran itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mampu membantu. kalau hari ini kita tidak meluahkan cinta dan rindu kepada mereka, tak malukah mahu meminta tolong di Mahsyar nanti?
wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
bacalah Al Quran. hayatilah Al Quran. fahamilah Al Quran.inilah manual hidup yang Pencipta turunkan untuk kita. panduan hidup yangh lengkap, sesuai sepanjang zaman, di situ ada ketenangan, di situ ada panduan dan undang undang, di situ ada suruhan dan larangan. ikutlah apa yang tertulis di dalamnya. pasti hidupmu tenang. pasti lenamu aman. jangan engkau tinggalkan Al Quran. Dia lah penemanmu ketika kau berseorangan meniti barzakh. dialah cahaya yang menerangimu.
wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
sudahlah. berhentilah. tinggalkan dunia dan isinya. hati ini pernah tertipu, dan tidak mahu kamu semua ikut tertipu. hari ini hati ini disapa hidayah. maka hati ini ingin sekali agar kalian semua juga merasai nikmat ini. sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam. masuklah Islam secara keseluruhan. InsyaAllah, ada syurga untuk kita...
blog ini, sekadar sebuah perkongsian ringkas. penulis mengizinkan kalian share, promote, letak kat fb or buat apa2 sahaja.........semoga pengakhiran kita semua adalah syurga~~
Monday, March 21, 2011
Tuesday, March 15, 2011
The Truth Of So-Called Dunia
when you have a strong evidence
right in front of you
the one that undeniable
the one that if u bring it up
even to high court
surely u will win the case
ok then, how about this?
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (29:20)
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (6:32)
what on earth are u waiting for
to leave behind the world and what’s inside it
when u know u have the eternal akhirat
to be looking for?
sebab saya pernah tertipu dengan dunia dan isi nya
Sunday, March 13, 2011
Allah Sedang Menguji Keikhlasan Kita
manusia di muka bumi, banyak kerenah, banyak ragam
sesetengah manusia suka menerima, tapi tak suka memberi
sesetengah manusia suka bila ada orang bersamanya, tapi tak suka hadir bila orang lain memerlukannya
sesetengah manusia suka bila orang melayannya, tetapi tak suka melayan, mahupun bertanya khabaran orang lain
sesetengah yang lain pula walau sudah ditolong masih tidak berpuas hati, mahu bermasam muka
sesetengah pula pantang ditegur, terasa semua yang dibuat sudah betul

bukan nak cakap tiada orang yang baik dalam dunia ini, tetapi kenapa ada orang yang perangai macam ni??
Allah sedang menguji keikhlasan kita
dengan manusia manusia macam ni, jangan sakit hati dengan mereka. ada sesuatu yang Allah cuba tunjukkan bila kita berdepan dengan mereka.Allah sedang menguji keikhlasan hati kita.
ikhlaskah kita dalam memberi? dalam melayan kerenah kerenah mereka?
atau sekadar mengharapkan balasan, bahawa di kala kita bermasalah, mereka juga akan hadir di sisi kita?
ikhlaskah kita, tanpa mengharapkan sebarang penghargaan?
ikhlaskah kita menghulur bantuan, tanpa mengharap sekelumit terima kasih pun daripada mereka?
dan tanpa mengungkit ungkit dalam hati, ‘orang dah tolong tak reti nak bersyukur..huhh!!’

jangan, jangan….padamkan semula api kemarahan itu.
syaitan sedang melompat kegembiraan. api kemarahan sudah dinyalakan, cahaya keikhlasan semakin pudar. hilang sudah pahala yang ditulis untuk kita.
syaitan sedang melompat kegembiraan. api kemarahan sudah dinyalakan, cahaya keikhlasan semakin pudar. hilang sudah pahala yang ditulis untuk kita.
‘perkataan yang lebih baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun’ (2:263)
sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti.
sama laa, macam kita tolong orang, lepas tu buat muka, atau ungkit2. bukankah itu tindakan yang menyakiti?
maka lebih baik jangan buat muka, dan memaafkan. sebab pemberian maaf itu jauh lebih baik.
sama laa, macam kita tolong orang, lepas tu buat muka, atau ungkit2. bukankah itu tindakan yang menyakiti?
maka lebih baik jangan buat muka, dan memaafkan. sebab pemberian maaf itu jauh lebih baik.
kita yang menolong pun, janganlah menganggap bila dah tolong orang tu, kita cukup baik, rasa perlu dihargai.
kita tolong lillah hi ta’ala. tiada orang yang hargai, tak apa, asalkan Allah pandang. nanti kat akhirat dikira dalam neraca timbangan. itu yang lebih penting.
kita tolong lillah hi ta’ala. tiada orang yang hargai, tak apa, asalkan Allah pandang. nanti kat akhirat dikira dalam neraca timbangan. itu yang lebih penting.
‘Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.‘ (18:103-104)
see see…kita bukan malaikat, mahupun nabi. tak layak mendabik dada mengaku kita baik hanya dengan menolong orang sekelumit cuma. kita bukan nabi, nak rasa kita je betul.
cuba faham, mungkin dia begitu, atas sebab tersendiri. sebab dia ada masalah lain. bersangka baik. bersangka baik. bersangka baik.
apa maksud ikhlas? macam mana nak ikhlas?
keikhlasan tu susah. bagi tafsiran kalau nakj dapat markah time jawab spm dulu, memang laa senang. ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah tanpa mengharapkan balasan.
practically? pernahkah kita ikhlas?
hadir majlis ilmu, atau meluangkan masa untuk sesuatu di jalan Allah, lalu tak sempat nak study. time pergi okay, cakap kat diri sendiri ‘tak apa laa, aku buat kerana Allah, semoga Allah balas’
lalu Allah uji, result test tak sehebat kawan kawan yang lain pun. maka timbul sedikit penyesalan dalam hati ‘ni mesti sebab aku tak study, sebab buat kerja tu’
hilang sinar keikhlasan.

ini hanya contoh. banyak lagi perkara lain, yang menguji keikhlasan kita.
bersabarlah, yakin dengan apa yang Dia dah janjikan. yakinlah bahawa apa yang kita buat hari ini, untuk saham di akhirat kelak.
ikhlaskan hati, jangan biarkan syaitan melompat kegembiraan!!
ikhlaskan hati, jangan biarkan syaitan melompat kegembiraan!!
It's Between You and Him
if u feel unappreciated when u already give your best,
look back
He gives u everything u want in this life
but how much u appreciate and praise Him??
if u feel like dont want to forgive people for their mistakes on you
look back
all your life, how much mistakes had u done to Him?
but all He says is He will always forgive us
if u feel mad to someone, because of something he/she did does not satisfy u
look back,
do we ever satisfy Him? but He never show his anger to us
always, there is a room for improvement
if u feel that people around you fail to understand u
u lost hope to tell them whats playing inside your mind
look back
do we ever try to understand Islam very well?
still, his Hidayah is there to help us to understand it
look back look back
but dont look back in anger
look back to Him
u’ll feel much better~~
When I Realize, That I Didnt Miss Him Much
padahal syafaat dia lah yang aku perlukan di hari pengadilan nanti
padahal sebelum ajal menjemput dia masih menyatakan kecintaan terhadap umatnya
dia lah sebaik baik hamba, akhlaknya Al Quran
bila aku meluangkan masa mengingatinya??
-maulidur rasul
-awal muharram
-isra’ mikraj
aahhhhh terasa malu!!
kalau para sahabat mengorbankan segala yang ada demi baginda
aku masih kedekut dengan masa yang ada untuk berselawat kepadanya
owh kecuali tika aku susah, cari barang x jumpa, bersedih
baru lidah terkebil2 berselawat
hinanya aku di sisimu wahai Rasul yang mulia~~
ampunkan aku Ya Allah
dan bersaksilah, sesungguhnya, kami merinduimu…
Sakit Itu Nikmat, Bukan Azab :)
Dari Abu Hurairah ra, bahwasanya ia bersama dengan Rasulullah saw menjenguk orang yang sakit karena demam, lalu Rasulullah saw bersabda: “Bergembiralah, karena Allah telah berfirman:Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mu’min di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat”. (Hadits ini ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “Berfirman Allah Ta’ala:Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mu’min, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, niscaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)”. (HR. Al Hakim)
“Tiadalah apa-apa musibah yang terkena atas seorang muslim seperti letih, sakit, sedih, dukacita, menderita, sugul sehingga sakit akibat terkena duri sekalipun, tiada lain melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya akibat derita yang telah dihadapinya itu.” Riwayat Bukhari dan Muslim
A Little thought for heart
kita senang nak bersyukur
bila dapat sesuatu
tapi kadang kadang Allah nak uji
bila Allah ambil balik sesuatu daripada kita
adakah kita masih mampu bersyukur
dengan apa yang Allah masih tinggalkan untuk kita
atau dengan ujian itu
kita berpaling dan menjauhkan diri
lalu terlupa untuk bersyukur dengan apa yang masih tinggal
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.~~14:7
Saturday, March 12, 2011
Dengan nama Allah
blog ini membuka tirai. maka sebagai pengenalan, penulis sediakan sedikit taklimat. *wahhh bunyi nak up je ekkk!*
blog ini, sekadar sebuah perkongsian ringkas. penulis mengizinkan kalian share, promote, letak kat fb or buat apa2 sahaja, TANPA mendedahkan identiti penulis *in case kalau kalian kenal penullis*
kalau nak copy paste, mengaku karya sendiri pun tak kisah. tapi dosa menipu saya tak bertanggungjawab ye!~~
apabila meninggal seorang anak adam itu, maka terputuslah semua perkara kecuali 3 perkara:
1. sedekah amal jariah
2. doa dari anak yang soleh
3. ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain
penulis belum pasti mengenai yang 1 dan 2 untuk diri penulis. maka penulis mencari bekalan yang ke3 melalui blog ini.
semoga diberkati. sekian~~

Subscribe to:
Posts (Atom)