Monday, March 21, 2011

wahai hati ini, dan hati hati lain yang membacanya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

dengan rahmatNya jari jemari ini bergerak menulis apa yang cuba disampaikan oleh hati dan menyampaikan seruan ini.

wahai hati ini, dan hati hati lain yang membacanya,
pulanglah kepada Dia yang Maha Satu, Dia yang menciptakan dan memiliki kita. berhentilah tertipu dgn dunia dan segala isinya

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
apabila disapa seruan hidayah, sambutlah ia. bukakan pintu hatimu untuk seruan itu, kerana kita tak pernah tahu, mungkin itu seruan yang terakhir untuk kita. mungkin hari ini pintu itu terbuka sedikit cuma, esok lusa, bukaannya semakin luas. yang penting, jangan pernah mengabaikan seruan itu. jangan pernah menutup pintu hatimu untuk kembali kepada Pencipta. mungkin mengambil masa, mungkin sekejap, mungkin berbulan lamanya. jangan berputus asa. rencana syaitan untuk membawamu ke neraka sangatlah hebat. tetapi hebat lagi keampunan dan kasih sayang Allah.

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
tanamkan rindumu kepada syurga Allah. bayangkan keindahan syurga setiap kali kamu rasa menderita dengan dugaan dunia. benar, syurga itu keindahannya di luar imaginasi kita. hanya hati hati yang mendapat redhaNya sahaja layak mendapat syurgaNya, dengan izinNya. betapa hati ini merindui syurga itu, dan kadangkala terasa terlalu ingin untuk segera bertemuNya, tetapi khuatir andai amalan hari ini belum cukup untuk dijadikan bekalan.

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
takutlah kamu akan azab api neraka Allah. takutlah kamu akan siksa kubur. takutlah kamu akan dosa2 yang pernah dilakukan. saat kamu merasakan sakitnya apabila ditimpa penyakit di dunia, sedarlah azab api neraka itu jauh lebih sakit. pernah sekali jari saya terpegang kuali panas. saya menjerit kerana tak tahan dengan panas itu. lalu saya terfikir, ini baru panas dunia, kalau panas neraka? astaghfirullah........

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
tanamkan rindu dan cintamu pada Dia dan RasulNya, melebihi rindu dan cintamu sesama manusia. kerana di mahsyar kelak, syafaat Rasulullah yang kita cari. kita mohon berlindung di bawah payung Arasy Allah. pada hari pengadilan seperti yang digambarkan dalam Al Quran itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mampu membantu. kalau hari ini kita tidak meluahkan cinta dan rindu kepada mereka, tak malukah mahu meminta tolong di Mahsyar nanti?

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
bacalah Al Quran. hayatilah Al Quran. fahamilah Al Quran.inilah manual hidup yang Pencipta turunkan untuk kita. panduan hidup yangh lengkap, sesuai sepanjang zaman, di situ ada ketenangan, di situ ada panduan dan undang undang, di situ ada suruhan dan larangan. ikutlah apa yang tertulis di dalamnya. pasti hidupmu tenang. pasti lenamu aman. jangan engkau tinggalkan Al Quran. Dia lah penemanmu ketika kau berseorangan meniti barzakh. dialah cahaya yang menerangimu.

wahai hati ini dan hati hati lain yang membacanya,
sudahlah. berhentilah. tinggalkan dunia dan isinya. hati ini pernah tertipu, dan tidak mahu kamu semua ikut tertipu. hari ini hati ini disapa hidayah. maka hati ini ingin sekali agar kalian semua juga merasai nikmat ini. sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam. masuklah Islam secara keseluruhan. InsyaAllah, ada syurga untuk kita...

2 comments:

Wafi said...

amin ya Allah.. semoga dipermudah bagi kami..

pencari tuhan yang maha satu said...

sama sama lah kita saling memperingati..amin..