manusia di muka bumi, banyak kerenah, banyak ragam
sesetengah manusia suka menerima, tapi tak suka memberi
sesetengah manusia suka bila ada orang bersamanya, tapi tak suka hadir bila orang lain memerlukannya
sesetengah manusia suka bila orang melayannya, tetapi tak suka melayan, mahupun bertanya khabaran orang lain
sesetengah yang lain pula walau sudah ditolong masih tidak berpuas hati, mahu bermasam muka
sesetengah pula pantang ditegur, terasa semua yang dibuat sudah betul

bukan nak cakap tiada orang yang baik dalam dunia ini, tetapi kenapa ada orang yang perangai macam ni??
Allah sedang menguji keikhlasan kita
dengan manusia manusia macam ni, jangan sakit hati dengan mereka. ada sesuatu yang Allah cuba tunjukkan bila kita berdepan dengan mereka.Allah sedang menguji keikhlasan hati kita.
ikhlaskah kita dalam memberi? dalam melayan kerenah kerenah mereka?
atau sekadar mengharapkan balasan, bahawa di kala kita bermasalah, mereka juga akan hadir di sisi kita?
ikhlaskah kita, tanpa mengharapkan sebarang penghargaan?
ikhlaskah kita menghulur bantuan, tanpa mengharap sekelumit terima kasih pun daripada mereka?
dan tanpa mengungkit ungkit dalam hati, ‘orang dah tolong tak reti nak bersyukur..huhh!!’

jangan, jangan….padamkan semula api kemarahan itu.
syaitan sedang melompat kegembiraan. api kemarahan sudah dinyalakan, cahaya keikhlasan semakin pudar. hilang sudah pahala yang ditulis untuk kita.

‘perkataan yang lebih baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun’ (2:263)
sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti.
sama laa, macam kita tolong orang, lepas tu buat muka, atau ungkit2. bukankah itu tindakan yang menyakiti?
maka lebih baik jangan buat muka, dan memaafkan. sebab pemberian maaf itu jauh lebih baik.

kita yang menolong pun, janganlah menganggap bila dah tolong orang tu, kita cukup baik, rasa perlu dihargai.
kita tolong lillah hi ta’ala. tiada orang yang hargai, tak apa, asalkan Allah pandang. nanti kat akhirat dikira dalam neraca timbangan. itu yang lebih penting.

‘Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.‘ (18:103-104)
see see…kita bukan malaikat, mahupun nabi. tak layak mendabik dada mengaku kita baik hanya dengan menolong orang sekelumit cuma. kita bukan nabi, nak rasa kita je betul.
cuba faham, mungkin dia begitu, atas sebab tersendiri. sebab dia ada masalah lain. bersangka baik. bersangka baik. bersangka baik.
apa maksud ikhlas? macam mana nak ikhlas?
keikhlasan tu susah. bagi tafsiran kalau nakj dapat markah time jawab spm dulu, memang laa senang. ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah tanpa mengharapkan balasan.
practically? pernahkah kita ikhlas?
hadir majlis ilmu, atau meluangkan masa untuk sesuatu di jalan Allah, lalu tak sempat nak study. time pergi okay, cakap kat diri sendiri ‘tak apa laa, aku buat kerana Allah, semoga Allah balas’
lalu Allah uji, result test tak sehebat kawan kawan yang lain pun. maka timbul sedikit penyesalan dalam hati ‘ni mesti sebab aku tak study, sebab buat kerja tu’
hilang sinar keikhlasan.

ini hanya contoh. banyak lagi perkara lain, yang menguji keikhlasan kita.
bersabarlah, yakin dengan apa yang Dia dah janjikan. yakinlah bahawa apa yang kita buat hari ini, untuk saham di akhirat kelak.
ikhlaskan hati, jangan biarkan syaitan melompat kegembiraan!!

No comments:
Post a Comment